'Remaja seindah rama-rama'
Cinta remaja memang indah, kata orang. Barangkali kerana zaman remaja itu sendiri ialah satu zaman yang indah. Maka apa-apa yang dilalukan oleh remaja semuanya penuh keindahan.Namun, yang sering dilupakan ialah hakikat bahawa kehidupan zaman remaja ibarat rama-rama; haiwan yang cantik dipandang mata tetapi hayatnya tidak lama. Nyawanya terlalu rapuh dan sering terdedah kepada bahaya yang diundang.
Oleh kerana kecantikan seindah rama-rama yang mereka miliki ini barangkali ramai remaja terjerumus ke lembah perasaan. Ramailah juga yang cuba-cuba bermain cinta dalam usia setahun jagung dalam keadaan diri dangkal pengalaman dan iman senipis kulit bawang. Maka ada yang kecundang dalam perjuangan percintaan mereka akibat terlalu menuruti hati.
Bagaimana munculnya perasaan aneh yang dinamakan cinta ? Apabila lelaki dan perempuan saling tertarik, sejenis kimia dalam tubuh dirembeskan lantas melajukan aliran maklumat antara sel saraf. Kimia-kimia lain pula membantu merangsang pengaliran adrenalin sehingga menyebabkan jantung berdetak laju tetapi indah. Maka dunia nampak bercahaya begitu gemilang. Mata dikaburi kegemilangan itu hingga ada yang tersandung ketika melangkah.
Lebih tenat, jika seluruh tubuh terjerumus tenggelam ke lubuk hina.
Pergaulan antara lelaki dan perempuan memang sukar dielakkan apatah lagi jika berada di sekolah koed. Ramai yang mendakwa bahawa mereka perlukan teman sebagai pembakar semangat atau penyegar motivasi. Malangnya ada yang tersalah pilih teman; bukan si dia yang boleh diharap tetapi si dia yang memang pelahap ! Lantas menjadi mangsa cinta yang tidak terkawal.
Menjalinkan hubungan istimewa ketika berada di alam persekolahan perlu diimbangi dengan tanggungjawap terhadap pelajaran. Sebenarnya tidak ramai pasangan remaja yang kekal bertahan dek kerana tuntutan cinta dan cita-cita. Seringkali berlaku, salah seorang tewas dalam perjuangan cita-cita lantas berkuburlah percintaan mereka kerana masing-masing berubah haluan.
Lantaran itu, bukankah lebih elok jika teruna dan dara sekadar sepasang sahabat sekolah atau teman biasa ? teman yang baik laksana penjual minyak wangi. Sekurang-kurangnya anada akan dapat mencium bau wangi daripadanya. Sedangkan teman yang jahat pula ibarat tukang besi peniup api. Silap-silap, baju anda terbakar olehnya !
Got this from Nisa's Blog.
Tuesday, December 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mutiara kata buat renungan bersama ~ 'Biar gugur daun kerana angin , jangan gugur iman kerana teman '
ReplyDelete